Thursday, June 7, 2012

kALa hAti bERbiCaRa


Mungkin orang selalu kata kalau nak bahagia, sayanglah orang yang sayangkan kita, bukan sayang orang yang kita sayang. Tapi pada aku tidak. Ak dapat rasakan yang selama ini, ak tak boleh menyayangi orang yang sayang ak. Ye, kita harus belajar sayang mereka tapi… Seriously, selama ni hubungan yang ak bina atas dasar belajar menyayangi orang yang sayang ak, tak kekal lama. Paling lama pun boleh bertahan sampai 2 tahun je. Dan ak rasa ak patut sayang seseorang itu dulu n orang tu kene belajar sayang ak. Tapi boleh ke cam tu? Huhu.. 

Kehadiran dia dalam hidup ak telah buatkan hati yang dulunya dah mati, hati yang dulunya keras tidak mahu menerima cinta kembali hidup menyengar bagaikan mati hidup semula. (berpuisi skjp).. Ye ak sedar hadirnya dia dalam hidup ini telah banyak buat ak berubah tanpa sedar. Banyak membuatkan ak lebih menghargai akan sesuatu. Bermulanya perkenalan di alam maya tanpa dirancang, kami jd rapat. Tiap hari ada je benda nk bebel. Hehe.. Dari alam maya kami berjumpa, berkawan, bergelak tawa, kutuk mengutuk..hmmm Dan kerana itulah hati kecil ini tertarik pada sikap selambanya.

Pernah ak bertanyakan akan perihal isi hatinya terhadap perempuan..mungkin jawapan yang ak terima itu sedikit melegakan namun terselit jua sesuatu yang menghampakan. ‘tidak terpikir lagi la’. Sedikit sebanyak jawapannya itu membuat hati ini hampa dan hampir berputus asa akan tetapi, benar kata orang, jika mahukan sesuatu kita kena berusaha. Tapi berusaha yang bagaimana? Tak kan nk paksa kot. Ak tak nak hubungan terbina atas dasar rela dalam terpaksa. 

Hanya satu yang inginku beritahu, saban hari ak bersujud menghadap Ilahi memohon pertunjuk dan doa. Hanya pada-Nya ku meminta. Meminta disatukan hati2 ini. Hanya pada Tuhan sekelian alam la diserahkan segalanya. Ak tidak mahu meminta-minta pada manusia kerna takut dikecewakan kelak. Biarlah diri ini merayu meminta pada yang Esa. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya hati ini telah terpaut padanya, sesungguhnya hati ini telah tertutup untuk yang lain selain darinya. Satukanlah kami dalam satu ikatan yang sah suatu hari nanti. (perhaps) Bukakan lah hatinya untuk menyambut huluran cintaku ini ya Allah. (jiwang tetbe) Sungguh diri yang kerdil lagi hina ini merayu pada-Mu. Akhir kata, andai dia terbaca post jiwang ini, kan ku katakan padamu yang sesungguhnya I fall in love with you and no one can replace you in my heart dear. That’s all…


No comments:

Post a Comment