Tuesday, June 25, 2013

JAuLaH YeMeN, MaDinAH MaKKaH

Pertama Kali jejak kaki di Jeddah
Perjalanan di mulakan dengan Bismillah.. Ya Allah Engkau permudahkanlah perjalanan kami ke rumah Mu Ya Allah.. 23 Mei 2013-5 Jun 2013, satu tarikh yg pasti tak akan aku lupa.. Jaulah Yemen, Madinah, Makkah.. Perjalanan yg banyak mengajar ak erti kehidupan, erti kemanusiaan, erti kesabaran.. Perjalanan seorang hamba yg terlalu hina dtg dengan seribu keinsafan..seribu kesedaran seribu pengharapan..Ya Allah terima lah taubat kami sekeluarga, taubat insan yg berdosa ini..Kabulkanlah permintaan kami Ya Allah..Sungguh kami begitu kerdil.. Perjalanan yg dimulakan dengan menziarahi Kota Sanaa, Yemen.. Di situlah mengenal erti fakir miskin, kehidupan yg begitu daif..Ya Allah, berdosanya ak selama ni hanya merungut akan kesusahan walhal ada lg insan yg susah..Ampunilah diri ini Ya Allah..


Persekitaran Luar Masjid Nabawi

Kekasih Hati
Selepas ke Kota Sanaa, menanti flight kunjung tiba untuk terus ke Jeddah, Saudi Arabia. Sampi di sana, teruskn perjalanan ke Kota Madinah Munawwarah, Kota yg begitu indah, yg begitu damai, tenang, aman..Alangkah indahnya jika ak menjadi penduduk tetap di sana.. Dalam hati ade getaran yg x mampu diungkap saat kali pertama menapak menuju ke Makam Baginda Muhammad S.A.W... Terasa ada satu aura yg begitu kuat sehingga tidak menoleh kebelakang.. Mengatur langkah laju terus menuju ke Taman Raudah, Taman yg mana kelopak cinta bertaburan, mengiringi perjalanan seorang insan, taman Rasulullah yg mulia, hambaNya ini datang bersujud menakung taubat, meminta keampunan dalam kolam keinsafan yg luhur dan suci..

Masjid Baginda Muhammad
Destinasi ketiga, destinasi utama jaulah. Makkah Al-Mukarramah.. Saat pertama bertentang mata dengan Kaabah, Allahuakbar, Maha Suci Allah, air mata laju bercucuran.. Terasa diri tidak layak memijak tempat suci itu..Ya Allah terimalah segala taubatku, ampunkanlah semua dosa2 ku..berilah ak kejayaan dunia akhirat..berilah ak peluang ke SyurgaMu..


Kaabah yg Indah

Selesai Umrah Pertama

Luasnya Padang Pasir ni


Lantas, menunaikan Umrah di saat manusia dlm kelenaan dibuai mimpi tidur..Walau kepenatan, namun gagahkan jua diri.. Niat, Tawaf, Saie, Bercukur, Tertib adalah rukun Umrah yg mempunyai makna yg tersirat di sebaliknya..di kala melakukan 7 pusingan Tawaf, hati terdetik mengingati dosa2 lalu..Air mata tak henti mengalir..Telekung basah..Mata kabur, namun kuatkn diri walaupun hampir rebah memikirkan dosa2 selama ini..selesai tawaf, meneguk air zamzam dan solat di hadapan Multazam (tmpt makbul doa)..Menangis lg..kemudian meneruska Saie..Mengingati kepayahan Siti Hajar mencari air zamzam utk anknya Nabi Ismail..Saat ini, teringat semua dosa dgn umi..Ya Allah ampunilah setiap dosa ku pd umi selama ini Ya Allah..Menangis lg tanpa henti.. Kemudian teruskan dgn bergunting..Lepas selesai, duduk termenung di hadapan Kaabah..Terasa diri benar2 ringan saat itu..Tak tahu knp..Termenung di hadapan Kaabah membuatkan hati sayu.. Sedihh mengenang diri yg hina ini..dan.. Menangis lagiii... :(

Perjalanan ke Makkah mengajar ak erti segalanya dlm kehidupan..Allahuakbar, moga ini bukanlah kunjungan yang terakhir ak ke sana..Terima Kasih ayh umi sebab sudi bawak azi ke tmpt suci..Moga ayh umi sentiasa diberkati dan dilindungi Allah..Nanti dh keje azi pulak bwk ayh umi ke sana..InsyaAllah

No comments:

Post a Comment